Friday, November 5, 2010

Nekad dan Iltizam

Esok aku akan nekad dan beriltizam......................
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..

nak belajar masukkan video dalam entry kat blog ni...ekekeke

Wednesday, November 3, 2010

Apa ketahian ini???

jangan sebut Upin & Ipin. Sebutlah Uffin & Ariffin!!!!!!!!!!!!!!"
by Asan Ramli on Wednesday, November 3, 2010 at 2:12am

**SEBELUM TU SAYA MOHON MAAF JIKA INI BERLAKU KEPADA PEMINAT SIRI INI DAN JANGAN CEPAT MELATAH..ISU INI BELUM LAGI DIKETENGAHKAN LAGI TAPI INSYALLAH SEMUA INI ADALAH QADA DAN QADAR ALLAH YANG MENENTUKAN DANBUKAN KEBETULAN ATAU TAK DISENGAJAKAN...***


***AKU DAPAT PON SECARA TAK SENGAJA DARI WEB KONSPIRASI YAHUDI***


Sebutlah Uffin bukan Upin

Upin dalam bahasa Aramaic bermaksud "Aku benci Rasul."



Sebutlah Ariffin bukan Ipin

Ipin dalam bahasa Syriac bermaksud " Aku suka Israel ."


Ini diburukkan lagi oleh penggunaan huruf "U" pada baju Upin dan "I" pada baju Ipin."U" bermaksud " USA ""I" bermaksud " Israel "


Terbuktilah bahawa Upin & Ipin juga merupakan agenda tersembunyi Yahudi dalam melemahkan akidah umat Islam. Mereka menggunakan Upin & Ipin sebagai jarum halus terbaru setelah mereka gagal dalam misi Pokemon, Doraemon,Digimon dan Mamula Moon.


LAGI SATU :


Baru-baru ini Syarikat Apple telah melancarkan iPhone 4g. Diharap ikhwah danakhawat semua dapat sama2 memboikot iPhone 4g kerana ia sebenarnya adalahagenda yahudi. ' i ' pada perkataan iPhone sebenarnya merujuk kepada ' Israel ' .4g pula bermaksud "god, gold, glory and girl". kalu kamu benar2 cintakanAllah dan rasul, sila sebarkan kepada semua umat Islam kalau tidak solatkamu tidak sah selama 40 hari 40 malam.




ANDA MENILAIKAN ADAKAH BETUL ATAU TIDAK..


***JADI KEPADA SESIAPA YANG BOLEH BONGKAR LAGI SILAKAN,KITA KONGSI KAN BERSAMA***



upin & ipin



apa ketahian benda2 ni sebenarnya???

aku jumpa benda di di fesbuk. ada kawan yang share. kenapa lah orang kita yang dah bijak pandai sekarang ni dah tak tahu nak menilai mana satu benda yang betul atau tidak. bagi aku benda ni mengarut sebab kalo sesiapa yang tak forward mesej/note tu solat dia tak sah WTFFFF...dia sape nak tentukan solat org tu sah ke tidak???


sama-sama la kita renungkan...

Tuesday, November 2, 2010

hepi sedih hepi sedih

Selamat bersiaran kembali. dah lama tak menambah entry dalam blog ni. dah lama plak rasanya nak syok sendiri bila baca blog sendrik..hehe.

dalam bulan ni banyak benda hepi dan benda sedih berputar putar mengisi ruang dalam hidup aku ni..tapi tu la dinamakan kehidupan..kena hadapi jugak walaupun kita tak suka benda-benda yang negatif terjadi pada diri kita..sini aku listkan apa benda yang hepi dan apa benda yang sedih berlaku dalam hidup aku..

HEPI
1. aku bakal menjadi bapak < setelah 2 tahun berkahwin n mencuba sedaya upaya..hehe>

2. Bercuti ke Sabah < gila pusing2 sabah..syok weii esp pegi pulau mabul >

3. Projek Arowana aku di bukit merah sudah mula belajar2 memberi hasil


TAK HEPI = SEDIH
1. Opah Chor aku kembali ke Rahmatullah < Al-Fatihah..walopon opah sedara tapi rasa dah macam opah sendiri>

2. Abg Zali kembali ke Rahmatullah < terima berita ni selepas 2 hari arwah opah cho meninggal..sedih sebab takde lagi org kuat masa nak kenduri-kendara n bakar lemang >

3. Sedih bila tgk wife aku morning sickness < hope sayang kuatkan semangat untuk baby kita ek >

walau apapun hidup mesti dijalankan seperti biasa..

Thursday, August 19, 2010

Selamat Menyambut Ramadhan

Selamat menyambut bulan ramadhan kepada semua..
















bila la aku nak sambung cerita2 aku ni...idea melambak ni..takde masa nak update

Monday, May 24, 2010

CERITERA KISAH NENEK KEBAYAN BAHAGIAN 3

Dalam waktu ini negeri vektorius telah diserang oleh binatang perosak..binatang yang amat dasyat kuasa pemusnahnya..Binatang ini diberi gelaran Babi Lowered oleh segelintir rakyat di negeri vektorius. Bermulalah episod ngeri dalam kehidupan rakyat-rakyat di negeri Vektorius..

Thursday, May 13, 2010

Si Kaduk Naik Junjung

haha..ada yg tertunggu-tunggu cerita HNK bahagian 3. Harap anda semua dapat bersabar. Aku sedang mengumpul bahan-bahan baru untuk bahagian 3 ni. Mungkin ada watak baru yang akan ditonjolkan dalam cerita HNK. Sekarang ni aku baru nak kumpul bahan untuk watak baru tu. Cerita pasal watak2 lain akan aku lupakan sebentar demi memberi laluan kepada watak baru ini. Biar la aku bagi "hint" sikit watak baru itu akan kuberikan nama.....



SI KADUK NAIK JUNJUNG.

Monday, May 3, 2010

bulan yg kopak..

bulan ni ekonomi agak tenat..roadtax kete dah boleh dikebumikan kat tanah wakaf..sama gak dengan roadtax kete wife aku.
Sepupu plak kawen..so kena balik kampung pada 6hb ni.sambil tu bleh lajak pi bukit merah..tgk kolam arowana aku..harap2 ikan tu dapat mengawan dengan jayanya..market fry tgh mahal skang

Monday, April 5, 2010

Tiada Masa

serius.......
sekarang aku memang takde masa nak update blog ni memandangkan PC aku rosak, laptop aku di conquer plak oleh wife aku..takkan kena bertumbuk dulu baru dapat guna laptop tu...

nanti-nanti la kalau aku ada budget lebih bru aku repair PC aku tu..skang takleh..wife aku bising mintak beli oven..

Monday, March 8, 2010

CERITERA KISAH NENEK KEBAYAN BAHAGIAN 2

Dari angin yang bertiup kencang di seluruh negeri Vektorius, Ada perkabaran berita yang mengatakan pemerintah Vektorius akan mengurniakan pingat dan darjah kebesaran kepada pembesar-pembesar beliau.

Antara pembesar-pembesar yang akan menerima pingat dan darjah kebesaran ialah si Menteri Hitam SiBuntut Kuali dan Bendahara Bantut Si Kaki Pendek. Maka betullah seperti yang dititahkan oleh si nenek kebayan pada satu majlis ilmu pada tahun lepas. Hanya beliau dan pembesar yang berdua itu sahaja yang melakukan kerja. tidak seperti penghulu dan rakyat-rakyat jelata yang lain. Semuanya tidak produktif dan proaktif.maka dengan sebab dan musabab itulah maka dikurniakan pingat dan darjah kebesaran hanya kepada pembesar yang berdua itu.

si nenek kebayan ini telah lupa bahawa rakyat-rakyat yang lain juga memainkan peranan dalam membangunkan negeri vektorius. walaupon usahanya tidaklah sebanyak mana tapi ia patut dihargai dan dikenang. Bukan semua rakyat negeri vektorius utu dahagakan pingat dan darjah kebesaran. Itu semua tidak penting bagi mereka. Yang mereka mahu ialah kebebasan dan ketenangan dari dicengkam oleh pembesar-pembesar negeri yang bersikap diktator.

BERSAMBUNG KE EPISOD AKAN DATANG...

Monday, March 1, 2010

KEJAM....

.
.
.
.
.
apakah salah beliau ditendang sampai sebegitu sekali??
diterjah ganas oleh seseorang yang memakai boot bola. Terhenyak badannya di padang sambil dilihat oleh sekumpulan pemain bola. berkeriut mukanya menahan kesakitan yang maha azab. Tak guna menangisi perkara yang sudah berlaku. Tiada button "back" untuk menyesali perbuatan mu itu.




_________________



kesian ARSENAL atas kecederaan Aaron Ramsey..

*** jaga lu Ryan Shawcross...kalau wa jumpa lu kompom wa sepak kaki lu sampai patah gak...






lu ingat lu pura-pura nangis tu lu bleh dapat kesian wa ke???

Friday, February 26, 2010

Dah sampai...

Pagi tadi, sampai je di opis aku terlihat satu bungkusan kiriman pos ekspress di atas meja aku. Aku bukak perlahan-lahan sambil hati berdegup kencang. Dicelah koyakan itu aku lihat ada benda yang aku tunggu-tunggu telah sampai..

Jeng..jeng..jeng

Buku Cerpen "siapa kekah bidan sepiah?" dari sindiket sol-jah yang beserta autograf penulis-penulisnya telah berada di tangan aku.

Monday, February 22, 2010

Apasal mahal sngat ni???

sabtu lepas aku pergi ke pasar malam di Semenyih untuk membeli sedikit keperluan dapur. ditemani abang ipar aku, lalu kami pun pergi dari sebuah ke sebuah gerai untuk membeli barang yang diperlukan. Suasana masa tu macam di pasar-pasar malam yang biasa. Dipenuhi dengan warga-warga antarabangsa seperti Indon, Bangla, Myanmar dan Vietnam. Sama la macam keadaan kat KLCC time Public Holiday

setelah membeli 2-3 jenis barangan, baru aku perasan yang harga barang-barang tu agak mahal dari harga biasa.

kacang panjang secekak - RM 4.00
Limau nipis 5 bijik + limau kasturi segenggam - RM 5.00
Bawang besar sekilo - RM 3.70

Celaka... Aku dah terkena...

Mungkin peniaga-peniaga pasar malam tu ingat aku ni warga Nepal..

*** dressing aku hari tu aku rasa dah cukup Underground dah..lainla abg ipar aku tu..muka dia memang ada iras-iras warganegara Nepal yang true..

Sunday, February 21, 2010

Aku Dah Beli

Aku dah beli buku Antologi Cerpen "Siapa KEKAH Bidan Sepiah?" dari Sindiket Soljah..

skang tengah tunggu buku tu sampai..

EXCITED...

Tuesday, January 12, 2010

Hospital Yang Jahanam...

Tadi pas meeting apa lancau kat opis aku tadi, aku terus cargas gi hospital seremban temankan wife aku wat routine checkup..kat kad appointment dia tulis kul 11..sampai je hospital trus gi kaunter amik nombor..pastu bergegas ke MOPD..

kat sana je aku buang masa 2 jam setengah utk tunggu no wife aku masuk..bila nombor 3333 tu dipanggil masuk bilik nombor 3 aku pon tunggu dalam 20 minit lagi..setelah 20 minit wife aku pon kuar..terus gerak pi amik ubat kat kaunter farmasi..amik nombor lagi..

kat situ plak aku buang 1 jam lagi nak tunggu ubat..pas dapat ubat aku ngan wife pon pegi la balik ke MOPD untuk amik tarikh next appointment..

CELAKA...

aku buang lagi 1 jam untuk tunggu nurse bagi tarikh next appointment..aku menyumpah gila barbies..takkan nak bagi satu tarikh pon aku kena buang masa sampai 1 jam..hati dah panas membara dah ni..jam kat tangan dah tunjuk pukul 3..dengan perut lapar tak hengat nak je aku maki nurse kat MOPD tu..

lepas je dapat tarikh tu kena plak pegi klinik oftalmologi..GAMPANG..kat sana barai lagi 1 jam..kimakss btul..

p/s I : kalo aku kaya aku nak bukak hospital..pastu aku nak gajikan 1000 org doktor..senang cerita..

p/s II : haha..aku terpengaruh ngan tulisan kat blog hilang punca & sembang kencang...

Thursday, January 7, 2010

Tertekan...

Masuk tahun baru je aku rasa sangat2 tertekan..rasa itu datang start dari aku bangun pagi..rasa macam kemalasan, takder semangat, meluat, benci je bila aku nak pegi opis..mungkin betul kata sesetengah orang tu..aku dah terlalu lama kerja kat opis tu..tapi hubungan aku dengan rakan-rakan opis aku amatlah baik..dari segi hubungan dengan bos tu mmgla aku ada masalah skit..diorg ni mmg tak suka aku..diaorg ni cakap aku tak proaktif dalam kerja..

sebenarnya aku mmg sengaja buat macam tu sebab aku rasa aku dah tak boleh nak bekerja di bawah diorg lagi..boss aku tu lagi lama dari aku kerja kat situ..dah 3 kali naik pangkat pon still duk kat situ lagi..kalo org lain naik pangkat semua kena tukar..tapi tidak bagi dia ni..dia semacam kebal disitu..kalo dibuat bancian kat opis aku tu leh kata 80% kakitangan kat opis aku tu tak suka pada boss aku ni..

rasa tertekan je keje skang ni..takleh langsung tengok aku sembang or lepak2 sekejap..skang ni banyak tugas2 rakan sejawatan aku diserahkan pada aku..padahal aku jaga unit yg berlainan...what the fuck???ko ingat aku budak2 ke ko nak buli???kim salam la weiii...aku kat opis tu lagi lama dari kau tau...sial punya K#^*&(*&^g...

dah la...malas aku nak wat dosa kering...

Tuesday, January 5, 2010

Semangat yang pudar..

Baru jap tadi semangat aku berkobar-kobar nak upload blog ni..

pegang je keyboard secara otomatik mata aku terus layu..

ahhhh..tido la dulu..esok2 la aku update blog ni..

Sunday, January 3, 2010

Posting pertama tahun 2010

ini ialah posting pertama aku pada tahun 2010..

takder benda nak tulis cuma...esok dah kena start keje balik setelah bercuti agak lama pada hujung tahun lepas..semak lak rasanya..

bosan la ngadap si nenek kebayan n si hitam buntut kuali tu...