Alkisah..di bawah langit negara 10 adalah seorang nenek kebayan yang mentadbir negerinya..negerinya yang tak seberapa ramai penduduknya itu bergelar vektorius. Negerinya pada awalnya dulu aman damai kini serba sedikit menjadi huru-hara akibat kedatangan pembesar baru yang bergelar Menteri Hitam SiBuntut Kuali. Kedatangan Menteri Hitam SiBuntut Kuali ini adalah dilantik oleh sipemunya negara. Menteri Hitam SiBuntut Kuali ini tidak berseorangan dalam mengacau segala aktiviti rakyat jelata. Beliau ditemani oleh Bendahara Bantut Si Kaki Pendek. Mereka berdualah yang membuat onar menanam bara api dan mencucuk hati si nenek kebayan ini.
Si Nenek Kebayan ini dari sifat semulajadinya adalah seorang yang meninggi diri, sombong, bongkak, diktator dan ego. Dimata si Nenek Kebayan ini rakyatnya cumalah sikucing kurap yang kotor dan menggelikan. Apa saja tindakan dan perbuatan rakyatnya dimatanya tidak betul, tidak pandai dan tidak proaktif. Baginya hanya dia dan 2 pembesarnya yakni Menteri Hitam SiBuntut Kuali dan Bendahara Bantut Si Kaki Pendek sahaja yang proaktif.
Negerinya, Vektorius terbahagi kepada beberapa bahagian kecil iatu Adminius, Labos, Entonomos dan Inspektoratos. Sinenek Kebayan ini membahagikan bahagian-bahagian kecil ini untuk diselia oleh menteri tersebut. Entonomos diselia oleh Bendahara Bantut Si Kaki Pendek manakala bahagian inspektoratos diselia dengan secara kuku besinya oleh Menteri Hitam SiBuntut Kuali. Salahguna kuasa berlaku segila-gilanya di daerah inspektoratos.Rakyat di daerah itu ditindas oleh Menteri Hitam SiBuntut Kuali untuk beliau menunjukkan kuasanya, membodek sinenek kebayan dan untuk kepentingan kroni dan peribadinya.Bermurung dan memberontaklah rakyat didaerah itu kerna ketidaksanggupan mereka menghadapi Menteri Hitam SiBuntut Kuali itu. Maka terkorbanlah seorang rakyat dipancung dan dicampakkan negeri yang lain manakala seorang lagi cabut pergi melarikan diri ke negara yang lain.
Di daerah lain tidak terdapat masalah yg serius yang berlaku kerana rakyatnya tidak bersikap melawan. Mereka juga rasa tertindas tetapi hanya mampu mendiamkan diri kerana mengikut pepatah " timun menggolek durian timun yang luka, digolekpun tetap luka juga". maka berdoalah rakyat jelata di serata pelusuk negeri Vektorius supaya pemerintahan si nenek kebayan dan konco-konconya itu tamat. Tetapi bila???Mungkin penderitaan itu akan berkekalan selamanya kerna tidak terdapat tanda-tanda yang menunjukkan sipemerintah jahanam ini akan pergi..
bersambung......
Huk aloh....kelakar gila ah...leh lak buat ala-ala penglipur lara ni...nama baru unit Adminius, Labos, Entonomos dan Inspektoratos yang ni lak.... 'Di daerah lain tidak terdapat masalah yg serius yang berlaku kerana rakyatnya tidak bersikap melawan. Mereka juga rasa tertindas tetapi hanya mampu mendiamkan diri kerana mengikut pepatah " timun menggolek durian timun yang luka, digolekpun tetap luka juga" Tak boleh blah statement nih...terasa aku..heh
ReplyDeletehehehe..taktau la..masa drive balik tadi mencurah2 idea..ada sambungannya nanti..tgk la bila free..hahaha
ReplyDeleteyg pasal statement tu jgn lak amik hati..tu sekadar ayat rekaan untuk berhibur je tau..no hard feeling k..
karekter2 yang di pilih sunguh menarik..
ReplyDeletewatak-watak itu diolah daripada personaliti yg berada di sekeliling penulis..watak itu hanya rekaan..tidak ada kena mengena antara yang hidup mahupun yang mati..
ReplyDeletewatak penghidup ceritera...membentuk sebuah kisah..untuk ditatapi bersama..
sudah aar ko..
ReplyDeletebuat cerita sandiwara pulak..
ko karang cerita ni elok2,
pastu ko antar ke buletin..
macam menarik aje..
=)
ryz..aku bukan pencari glamour murahan ditepi jalan..
ReplyDelete